Kerjaya kelab Kevin Mirallas

Kerjaya awal

Beliau bermain untuk kampung halamannya, Standard Liège untuk kerjaya remajanya[4] Beliau meninggalkan Belgium dan bermula untuk kerjaya pertamanya di Perancis selepas kelab Lille menandatangani beliau untuk musim 2004-05.[5] Mirallas telah mengambil bahagian dalam Piala UEFA untuk musim pertamanya di dalam kelab tersebut. Mirallas kemudian berpindah ke kelab Mirallas AS Saint-Etienne dengan bayaran sebanyak €4,000,000 dan bermulanya Mirallas mencipta nama baiknya selepas menjaringkan gol menentang Lyon dalam debut pertama beliau.[6]

Olympiacos

Pada Jun 2010, Mirallas menyertai kelab Greece, Olympiacos dalam satu tahun pinjaman dengan bayaran sebanyak €2.5juta.[7] Mirallas membuat debut pertama beliau dalam perlawanan menentang KS Besa Kavaje dengan kemenangan sebanyak 5-0 dalam Kelayakan Pusingan Kedua UEFA Europa League[8] dan Mirallas menjaringkan sebanyak dua gol dengan kemenangan 3-1 menentang Olympiakos Volos.[9] Olympiacos mendapat tempat pertama dalam Liga Super Greece dan Mirallas menghabiskan kerjayanya dengan menjadi pemain kedua jaringan terbanyak dengan menjaringkan 14 gol Olympiacos. Berikutan musimnya, Mirallas membuat "hat-trick" menentang Levadiakos F.C. 4-0.[10] Mirallas menjaringkan gol sebanyak 4 kali selepas menentang Asteras Tripolis 7-2.[11] Olympiacos menang sekali lagi dalam liga yang sama dengan[12] Mirallas menjadi penjaring terbanyak sebanyak 20 gol.[13]

Everton

Pada Ogos 2012, Mirallas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Everton dengan bayaran sebanyak £6juta.[14] Beliau membuat debut pertama beliau dalam separuh masa kedua ketika kemenangan 3-1 menentang Aston Villa di Villa Park.[15] Empat hari kemudian, Mirallas menjaringkan gol sebanyak dua kali kemudian menghantar hantaran sebanyak dua kali ketika Everton menang 5-0 menentang Leyton Orient dalam pusingan kedua Piala Liga Inggeris.[16] Beliau menjaringkan gol buat pertama kalinya dalam Liga Perdana pada 22 September 2012, dengan kemenangan 3-0 menentang Swansea City selepas menanduk masuk daripada hantaran lintang.[17]

Rujukan

WikiPedia: Kevin Mirallas http://www.evertonfc.com/news/archive/2012/08/19/b... http://www.evertonfc.com/players/k/km/kevin-mirall... http://www.fifa.com/world-match-centre/news/newsid... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.goal.com/en-us/match/22778/o-lyon-vs-as... http://www.premierleague.com/en-gb/news/news/2013-... http://uk.soccerway.com/players/kevin-mirallas/207... http://www.sports-reference.com/olympics/athletes/... http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2008/matches/r... http://www.lfp.fr/joueur/mirallas-kevin